Monday, September 14, 2015

Quiz

1 . Penduduk Naning melancarkan penentangan terhadap kerajaan British atas faktor berikut, KECUALI.......

A . penduduk Naning dipaksa oleh kerajaan British untuk menandatangani perjanjian menyerahkan           tanah mereka .

B . kerajaan British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka .

C. Gabenor Fullerton telah mengarahkan penduduk Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil              ekonomi mereka .

D . perjuangan yang dicetuskan dan dibangkitkan oleh penghulu Naning , Dol Said .


2 . Antara pernyataan berikut , yang manakah benar tentang perjuangan penjajahan British di Perak ?

     I. Residen British yang pertama di Perak, iaitu J.W.W. Birch mempunyai sikap yang tidak                       disenangi oleh pembesar Melayu .
    II. Antara pembesar Melayu yang terlibat dalam komplot pembunuhan Birch ialah Dato'                           Maharajalela dan Dato' Sagor .
   III. Sultan Perak, Sultan Abdullah turut memberikan kerjasama dalam komplot pembunuhan Birch .
   IV. Akibat pembunuhan Birch di Pasir Salak , Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Seputum dan                    Pandak Indut telah dihukum bunuh .

    A . I, II dan III

    B . I, II dan IV

    C . II, III dan IV

    D . I, II, III dan IV

3 . Jepun mengambil masa yang singkat untuk menawan Tanah Melayu daripada British pada tahun       1942 . Kemenangan mudah ini disebabkan

    I. jangkaan British yang salah, iaitu tentera Jepun akan memulakan serangan dari Singapura .
   II. penenggelaman dua buah kapal perang British, iaitu Prince Of Wales dan Repulse di perairan               timur .
  III. persediaan rapi dan taktik peperangan tentera Jepun sebelum melancarkan serangan .
  IV. semangat tentera Jepun yang tinggi dan tidak menyerah kalah .

  A . I, II dan III

  B . I, II dan IV

  C . II, III dan IV

  D . I, II, III dan IV

4 . Perkataan yang TIDAK berkaitan dengan pendudukan Jepun dalam tempoh 1942 hingga 1945            ialah.....

  A . Landasan Kereta Api Maut

  B . AMCJA dan PUTERA

  C . Penyatuan Tanah Melayu dan Sumatera

  D . Parti Komunis Malaya (PKM)

5 . Semasa pendudukan Jepun, tentera telah menubuhkan satu institusi politik yang dipanggil 'Malai        Baru'. Institusi ini diketuai oleh .......

  A. gabenor

  B. jeneral

  C. major

  D. presiden                                        

























JAWAPAN
1- A
2- D
3- D
4- B
5- A

No comments:

Post a Comment