Monday, September 14, 2015

British di Tanah Melayu




BRITISH DI TANAH MELAYU






Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.



Campur tangan British di Tanah Melayu

Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak Empayar British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu.
Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British.

Dasar Tidak Campur Tangan 
Pada awalnya, Syarikat Hindia Timur InggerisSHTI (Syarikat British) enggan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ini kerana SHTI adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. Dengan cara ini, SHTI berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikat dan negeri-negeri Melayu.
Campur tangan syarikat dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu boleh membawa kepada penglibatan dalam operasi ketenteraan ataupun peperangan, dan akan melibatkan perbelanjaan besar kepada SHTISHTI melihat India dan China sebagai kawasan perdagangan yang jauh lebih lumayan, dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap nilai perdagangan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri Melayu.
Pembaharuan Piagam Syarikat (Charter) oleh Parlimen Britain dalam tahun 1834 menamatkan monopoli SHTI ke atas perdagangan candu dan lain-lain barangan dengan China SHTI kini terpaksa bersaing dengan lain-lain pedagang British dan juga pedagang-pedagang dari negara-negara lain untuk membawa barang dagang dari Timur Jauh ke pasaran Eropah. Persaingan ini mengurangkan keuntungan bagi SHTI.

                                          Pertukaran Kerajaan di Britain 


Sir Andrew Clarke

Dalam tahun 1867Negeri-Negeri Selat dipindahkan daripada penguasaan SHTI kepada penguasaan Pejabat Kolonial di London. Dengan ini, Gabenor dan pegawai-pegawai British di Negeri-Negeri Selat bukan lagi menjaga kepentingan SHTI di Calcutta tetapi menjaga kepentingan kerajaan British, khususnya Pejabat Kolonial di London.
Sir Andrew Clarke dihantar ke Singapura dalam bulan November 1873 oleh Setiausaha di Pejabat KolonialLord Kimberley (John Wodehouse) untuk menjadi Gabenor Negeri-Negeri SelatSir Andrew diarahkan oleh Lord Kimberley untuk mengkaji kemungkinan melantik penasihat-penasihat British di negeri-negeri Melayu dan mengikhtiarkan supaya keamanan dan kemakmuran dapat dikembalikan ke negeri-negeri Melayu. (“see whether any steps can be taken to promote the restoration of peace and order to secure protection to trade and commerce” dan “whether it would be advisable to appoint a British officer to reside in any of the states”)
Arahan Sir Andrew dikukuhkan lagi apabila Benjamin Disraeli menjadi Perdana MenteriDisraeli melihat Britain mestilah menunjukkan prestijnya sebagai kuasa terkuat di dunia dan perlu menguatkan penjajahannya di seluruh pelosok dunia. (Disraeli berpegang kepada prinsip beban orang putih (white man’s burden) bahawa Great Britain wajib membantu membawa tamadun dan peradaban Britishkepada bahagian-bahagian dunia yang lebih mundur.) Disraeli juga risaukan kuasa-kuasa asing yang lain bertapak di Tanah Melayu. Peluang Sir Andrew terbentang luas apabila Raja Abdullah menulis surat meminta bantuan British untuk menabalkan dirinya sebagai Sultan Perak.

Campur Tangan British di Negeri Sembilan 

-Perlantikan Tenku Antah sebagai Yam Tuan Besar oleh penduduk Terachi,Gunung Pasir Hulu Muar dan Jempol tidak di iktiraf oleh Dato' Kelana. -Tenku Antah tidak diiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. -Tenku Antah juga tidak diiktiraf residen Inggeris di Sungai Ujong. -1875,Datuk Kelana dibantu Inggeris menuntut Terachi,Dato' Bandar ditewaskan. -Dato' Bandar kemudiannya dibuang negeri ke Singapura -1876,Tenku Antah diiktiraf Yam Tuan Besar Seri Menanti

Campur Tangan British di Pahang 


Usaha Sultan Ahmad untuk menghalang campur tangan British di Pahang.
1.   Berusaha membangunkan Pahang dengan mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar(Johor)
2.   MembaWa pelabur Eropah lain masuk ke Pahang bagi memajukan negeri baginda.
3.   Namun British menganggap tindakan ini boleh menjejaskan kepentingan mereka.
4.   Oleh itu, British berusaha untuk menguasai Pahang.


Perluasan Kuasa British di Pahang 






1886- Frederich Weld (Gabenor Negeri- negeri Selat) dan Framnk Swettenyham memujuk Sultan Ahmad menerima seorang Residen British. Sultan Ahmad menolak cadangan tersebut. 1887- British meminta bantuan daripada Sultan Abu Bakar untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British. Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang. Namun British mempunyai kuasa yang terhad. 1888- British menggunakan peristiwa pembunuhan Go Hui (warganegara British berbangsa China) sebagai alasan untuk campur tangan. Pweristiwa pembunuhan ini digunakan sebagai alasan kononnya Sultan Ahmad gagal mewujudkan ketenteraman di Pahang. Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P. Rodger sebagai Residen Brityish pertama di Pahang.


Sebab-Sebab Campur Tangan British 


British mencampuri hal ehwal negeri-negeri Melayu di atas dorongan ekonomi. Pihak British perlukan keamanan dan kemakmuran di Tanah Melayu khususnya dan di Selat Melaka amnya, untuk mempastikan perdagangan mereka berkembang dengan pantas. Selat Melaka mula menjadi laluan penting dengan peningkatan jumlah dagangan antara negeri China dengan Eropah dan negeri China dengan India.
Ancaman Lanun akan menyebabkan kapal memesongkan laluan ke Selat Sunda, dan akan menaikkan Batavia (Jakarta) sebagai pelabuhan dan akan menjatuhkan kepentingan Pulau Pinang dan Singapura. Perbalahan dan peperangan di kawasan-kawasan lombong sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan bekalan timah dan membolehkan Belanda di Sumatera dan Perancis di Indo-China untuk memberikan bekalan alternatif. Nilai perdagangan British ketika itu di Tanah Melayu bernilai lebih £3 juta setahun, dan kebanyakannya dijana oleh modal yang dikeluarkan oleh pelabur-pelabur British.
Campur tangan dan seterusnya penjajahan British ke atas Tanah Melayu akan membuka pasaran baru kepada barangan keluaran British yang akan membawa kepada kemewahan lebih untuk pengeluar-pengeluar British.
Dengan kehilangan monopoli perdagangan dengan China, pedagang-pedagang di Negeri-Negeri Selat melihat negeri-negeri Tanah Melayu sebagai peluang pelaburan yang baik dalam industri perlombongan dan pertanian sekiranya keamanan dapat dijamin. Ini hanya dapat dicapai dengan campur tangan British di Tanah Melayu.

Justifikasi Campur Tangan British

Pihak British menekankan bahawa campur tangan mereka di negeri-negeri Tanah Melayu membawa kebaikan kepada rakyat Tanah Melayu dengan membawa keamanan dan sistem pentadbiran yang baik.
Menjelang tahun 1883, selepas campur tangan British, negeri-negeri Tanah Melayu menjadi pengeluar terbesar bijih timah di dunia. Menjelang tahun 1900, Tanah Melayu mengeluarkan 55% daripada pengeluaran timah dunia. Kejayaan ini memberikan justifikasi kepada campur tangan British di negeri-negeri Tanah Melayu.
Campur tangan British juga membawa pembangunan kepada Tanah Melayu dengan pesat. Perhubungan kereta api dibina dalam tahun 1885 untuk menghubungkan Port Weld (sekarang ini Kuala Sepetang) dengan Taiping, walaupun sebab utamanya adalah untuk menyenangkan pengeksportan timah dan bukannya untuk manfaat rakyat tempatan.
Perhubungan jalan raya utama di Tanah Melayu dibina untuk menghubungkan bandar-bandar perlombongan seperti SerembanKuala LumpurIpoh dan Taiping. Ini jelas menunjukkan pembangunan yang dibuat oleh pemerintah British sebenarnya adalah untuk memudahkan eksport bijih timah ke Britain, untuk menguatkan kedudukan Britain di mata dunia.
Kerajaan colonial British juga membuka sekolah-sekolah untuk melatih anak-anak tempatan bagi pengisian jawatan-jawatan perkeranian di dalam sektor awam dan swasta. Sekolah-sekolah seperti Sekolah King Edward VII Taiping dibuka untuk memberikan pendidikan untuk membolehkan rakyat tempatan memegang jawatan-jawatan rendah di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, tetapi tidak mementingkan pelajaran di peringkat tertinggi. Maktab Melayu Kuala Kangsar dibuka untuk membolehkan anak-anak bangsawan Melayu mendapat latihan untuk memegang jawatan-jawatan peringkat pertengahan dalam perkhidmatan kerajaan kolonial British.

 SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH \




Rujukan





No comments:

Post a Comment